VIDEO
Monday, 14 April 2014
Sunday, 13 April 2014
Thursday, 10 April 2014
Lagu Sekolah
LAGU SEKOLAH
Dari berlainan bangsa dan juga budaya
Di sini kami satukan
Mencapai satu cita
Ke arah kecemerlangan
Usaha gigih gemilang tekad kami
Haruslah diamalkan
Taburlah jasa bakti
Buktikan kejayaan
Di sini kami satukan
Mencapai satu cita
Ke arah kecemerlangan
Usaha gigih gemilang tekad kami
Haruslah diamalkan
Taburlah jasa bakti
Buktikan kejayaan
Dengan cita suci serta keyakinan
Membentuk insan berwawasan
Dedikasi juga disiplin
Asas kemajuan
Pohonkanlah doa kepada yang maha Esa
Kuatkan semangat waja
Inilah ikrar warga
SMK Bandar Baru Ampang
Membentuk insan berwawasan
Dedikasi juga disiplin
Asas kemajuan
Pohonkanlah doa kepada yang maha Esa
Kuatkan semangat waja
Inilah ikrar warga
SMK Bandar Baru Ampang
VLE FROG
Apakah Vle Frog?
Persekitaran
Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai intranet, bilik darjah online
dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di bawah satu bumbung.
Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai
pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan
konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan
markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah
mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE. Ibu bapa
pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah
boleh menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui Internet.
Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya
sambungan Internet.
Frog
VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan
mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di
United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan
kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus
untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai
tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat
pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan
dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan
pembelajaran. FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut
bekerjasama rapat dengan golongan pendidik tempatan dan
organisasi-organisasi pendidikan untuk membekalkan sistem pembelajaran
bertaraf dunia yang releven dengan rantau Asia. Selain teknologi,
penekanan turut diberi kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing
sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang
boleh menambah-baik sekolah secara keseluruhannya.
Untuk keterangan lanjut boleh layari di http://1bestarinet.net/
Boleh menonton video di http://smkbandarbaruampang1.blogspot.com/2014/04/video-vle-frog.html
Boleh menonton video di http://smkbandarbaruampang1.blogspot.com/2014/04/video-vle-frog.html
Piagam Pelanggan
- Membimbing dan memastikan semua pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua peperiksaan.
- Membimbing dan melahirkan pelajar yang beriman, bertaqwa, bersahsiah mulia serta mantap fizikal dan mental.
- Memastikan setiap pertandingan yang disertai oleh pelajar menghasilkan kejayaan.
- Memupuk semangat suka membaca di kalangan pelajar dan mengamalkan budaya ilmu sepanjang hayat.
- Mewujudkan persekitaran sekolah yang sentiasa bersih, ceria, kondusif untuk proses pengajaran yang berkesan serta keselamatan pelajar sentiasa dijaga.
- Memberikan perkhidmatan yang cekap dan mesra untuk semua pihak yang berurusan dengan pihak sekolah.
Visi Dan Misi Sekolah
"Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang”
Misi
"Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti"
Shool History
Apabila
melawati Bandar Baru Ampang sudah pasti akan kelihatan tersergam sebuah
bangunan sekolah yang terhimpit di celah-celah kawasan penempatan di
Bandar Baru Ampang.
SMK
Bandar Baru Ampang telah ditubuhkan pada 1 Januari, 2002. Pada
peringkat awalnya, SMK Bandar Baru Ampang menumpang di SMK Tasek
Permai. Pada tahun pertama penubuhannya, bilangan pelajar cuma seramai
383 orang sahaja, sementara kelasnya terdiri daripada tujuh kelas
peralihan dan enam kelas tingkatan satu. Bilangan guru-gurunya pula
ialah seramai 32 orang dengan dibantu oleh lima orang staf sokongan
sahaja.
Pada
28 November 2002, Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa
Mohamed telah melawat tapak sebenar sekolah yang belum disiapkan dan
mendesak pihak kontraktor yang terlibat agar menyiapkan segera
pembinaannya. Atas usaha gigih Tuan Haji Abdul Ghaffar bin Kunchi Mohd
dan kerjasama semua pihak akhirnya bangunan SMK Bandar Baru Ampang
dengan rasminya berpindah ke bangunan sendiri yang terletak di Bandar
Baru Ampang dengan kebenaran Menteri Pendidikan Yang Berhormat Tan Sri
Musa Mohamed pada 1 Januari 2003.
Pengetua pertama SMK Bandar Baru Ampang ialah Tuan Haji Abdul Ghaffar bin Kunchi Mohd, beliau telah menabur baktinya selama lapan tahun di sekolah ini iaitu mulai pada 1 Januari 2002 hingga 1 April 2010. Penolong Kanan sekolah yang silih berganti iaitu Puan Hajjah Inson binti Derani yang mula berkhidmat pada Januari 2002 hingga Disember 2007 sebagai Penolong Kanan pertama. Seterusnya, Datin Norini binti Mokhtar pada bulan Mac 2007. Puan Shrifah Zahrah @ Faizah binti Syed Abu Bakar dilantik sebagai Penolong Kanan bermula Mac 2008 sehinggalah kini.
Walaupun
usianya baru menjangkau lapan tahun namun SMK Bandar Baru Ampang telah
Berjaya mengukir nama dalam pelbagai bidang baik dari aspek akademik
mahupun kokurikulum. Pada 1 Januari 2010, bilangan pelajar SMK Bandar
Baru Ampang ialah seramai 1 394 orang yang terdiri daripada pelbagai
kaum antaranya Melayu, Cina, India dan sebagainya, dan sebanyak 51 kelas
telah dibuka untuk menampung pelajar sesi pagi dan petang. Jumlah
guru-guru pula seramai 112 orang iaitu 95 orang guru tetap, tiga guru
sandaran terlatih dan 14 guru sandaran tidak terlatih.
Pada tahun 2010, SMK Bandar Baru Ampang terus mengorak langkah berjuang kearah mencapai misinya “SMK Bandar Baru Ampang Cemerlang Menjelang 2012” selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia melahirkan modal insane yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Subscribe to:
Posts (Atom)