Apabila
melawati Bandar Baru Ampang sudah pasti akan kelihatan tersergam sebuah
bangunan sekolah yang terhimpit di celah-celah kawasan penempatan di
Bandar Baru Ampang.
SMK
Bandar Baru Ampang telah ditubuhkan pada 1 Januari, 2002. Pada
peringkat awalnya, SMK Bandar Baru Ampang menumpang di SMK Tasek
Permai. Pada tahun pertama penubuhannya, bilangan pelajar cuma seramai
383 orang sahaja, sementara kelasnya terdiri daripada tujuh kelas
peralihan dan enam kelas tingkatan satu. Bilangan guru-gurunya pula
ialah seramai 32 orang dengan dibantu oleh lima orang staf sokongan
sahaja.
Pada
28 November 2002, Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa
Mohamed telah melawat tapak sebenar sekolah yang belum disiapkan dan
mendesak pihak kontraktor yang terlibat agar menyiapkan segera
pembinaannya. Atas usaha gigih Tuan Haji Abdul Ghaffar bin Kunchi Mohd
dan kerjasama semua pihak akhirnya bangunan SMK Bandar Baru Ampang
dengan rasminya berpindah ke bangunan sendiri yang terletak di Bandar
Baru Ampang dengan kebenaran Menteri Pendidikan Yang Berhormat Tan Sri
Musa Mohamed pada 1 Januari 2003.
Pengetua pertama SMK Bandar Baru Ampang ialah Tuan Haji Abdul Ghaffar bin Kunchi Mohd, beliau telah menabur baktinya selama lapan tahun di sekolah ini iaitu mulai pada 1 Januari 2002 hingga 1 April 2010. Penolong Kanan sekolah yang silih berganti iaitu Puan Hajjah Inson binti Derani yang mula berkhidmat pada Januari 2002 hingga Disember 2007 sebagai Penolong Kanan pertama. Seterusnya, Datin Norini binti Mokhtar pada bulan Mac 2007. Puan Shrifah Zahrah @ Faizah binti Syed Abu Bakar dilantik sebagai Penolong Kanan bermula Mac 2008 sehinggalah kini.
Walaupun
usianya baru menjangkau lapan tahun namun SMK Bandar Baru Ampang telah
Berjaya mengukir nama dalam pelbagai bidang baik dari aspek akademik
mahupun kokurikulum. Pada 1 Januari 2010, bilangan pelajar SMK Bandar
Baru Ampang ialah seramai 1 394 orang yang terdiri daripada pelbagai
kaum antaranya Melayu, Cina, India dan sebagainya, dan sebanyak 51 kelas
telah dibuka untuk menampung pelajar sesi pagi dan petang. Jumlah
guru-guru pula seramai 112 orang iaitu 95 orang guru tetap, tiga guru
sandaran terlatih dan 14 guru sandaran tidak terlatih.
Pada tahun 2010, SMK Bandar Baru Ampang terus mengorak langkah berjuang kearah mencapai misinya “SMK Bandar Baru Ampang Cemerlang Menjelang 2012” selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia melahirkan modal insane yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
No comments:
Post a Comment